izzAt Territory, New Layout!

Salam…huhu…siap gak akhirnya layout ni..2 hari amik masa (total masa aku amik nak siapkan benda alah neh), tp berbaloi ngan hasilnya. Em, apa nak cakap pasal layout ni ha? Ok, briefly intro, theme/layout ni sebenarnya direka oleh Yamazaki (sape die neh?ntah aku mana tahu,tgk layout die agak menarik aku amik jer la,hehe..), so base on his theme/layout..aku godek2 la sket.. godek2 coding skit (naik juling mata aku tgk coding..),tp aku x banyak sangat alter coding neh…skit2 jerk.. I’m focus more to theme elements like header,footer,some graphics and others. Dan hasilnya ni la..apa yang korang dapat lihat sekarang..camne?ok tak?
Em,ape lagi nak cakap yek?Ha, untuk memudahkan korang akses blog neh, bleh guna navigasi kat atas tu..atau pun kat sebelah kanan korang neh..lagi satu some link kat navigasi tu still unfunctional, kalo korang check bebetul link DOWNLOAD dan MISC masih unfunctional..actually aku x tahu lagi pebenda nak link kan kat situ.. itu aku just plan jer..nanti lar ader masa aku “function”kan link tuh…huu…
So itu la sedikit sebanyak yang bley aku coretkan kat sini, lepas ni ada masa aku coretkan lagi. Em, apa lagi yer..aha, semalam, aku gi siaran rakaman Bicara Siswa oleh RTM yang diadakan kat MPH Uniten. Tajuknya “Lahirkah Siswa Minda Kelas Pertama?”.Ahli panel aku x ingat, ade 3 orang,salah seorang wakil Uniten,SU bagi MPP Uniten (nama x ingat,adeih…^_^).. Tajuk yang agak menarik untuk dibincangkan walaupun aku rase pengacara Bicara Siswa ni asyik “fire” ahli panel dari Uniten jerk..huhu gimik kah?atau….?ini apa yang aku rase jer…mungkin aku terlalu ikut perasaan?
Jadi,sedikit sebanyak yang aku dapat dari rakaman Bicara Siswa nih,dalam membentuk siswa minda kelas pertama,dari apa yang telah diperbincangkan menunjukkan bahawa sistem pendidikan mahupun sistem pengajian tinggi bukanlah satu medium dalam melahirkan siswa minda kelas pertama. Dari apa yang dibincangkan, siswa/belia/pelajar itu sendiri harus ubah pemikiran mereka dahulu sebagai satu langkah untuk melahirkan siswa minda kelas pertama. Disini, “mind set” memainkan peranan, sebagai mana yang diperkatakan oleh salah seorang ahli panel, kalau tiada keinginan bagi seseorang belia itu untuk berubah maka agak sukar untuk mencapai atau melahirkan bangsa siswa berfikiran minda kelas pertama ini.
Jadi sebagai konklusinya segala-galanya adalah terpulang kepada diri siswa itu sendiri untuk berubah dan terus memperbaiki dirinya. Sistem pendidikan ini hanyalah satu medium untuk membantu kearah lahirnya siswa minda kelas pertama tapi jika tiada kesungguhan dan kerelaan dari diri siswa itu sendiri, usaha ini hanya sia-sia. Jadi bila lagi mahu berubah? Lakukan anjakan paradigma anda dalam menyahut cabaran negara dalam mencapai Wawasan 2020 yang mana salah satunya adalah membentuk bangsa berminda kelas pertama. Renung-renungkanlah, “Fasiliti kelas pertama,Minda kelas ketiga?”.
p/s:aku sebenarnya dah malas nak tulis huhu..tu yang pendek jer tulis..wakkakaka
xper2..kasi komen anda..i’m really appreciate it. Pada Pak Lah, selamat pengantin baru aku ucapkan (dengarkah anda?)…semoga panjang umur dan murah rezeki.Harap negara ini terus aman dan makmur dibawah pimpinanmu.Amin
More From izzatruslan
izzatruslan Recommends
- My New Thesis Layout (Chad Nicely)
- New Kindle, Hot New Gadget (rossjoyner)





![Recommend [izzatruslan]](http://s3.amazonaws.com/arkayne-media/img/badge/logo-recommend-badge-medium.png)
hu3. semuanye dah ok dah. cume font size tu kecik r. sukar nak baca. he3. kalau kau besarkan sikit, baru senang sikit.
owh..terima kasih atas komen tu.Thanks