Take Charge!

This entry was posted on Oct 06 2007

Career Talk-Take Charge!
salam..
huhu…take charge??what does it means?
sebenarnya tu tajuk bagi career talk yang telah aku hadiri petang Jumaat yang lalu (yang sebenarnya dipaksa..hehe),kalo tak kerana compulsory dan patut ada tiket..huhu..jgn harap nak pegi…hehuehue..
walaubagaimanapun, talk pada petang Jumaat tu yang pada sangkaan awal aku ialah “satu benda yang membosankan” bertukar kepada satu talk yang pada pendapat aku adalah bagus dan sangat bagus untuk didengari dan dihadiri.
Talk tersebut yang telah disusun dibawah satu event yang digelar Career Talk,satu talk yang mana WAJIB dihadiri oleh student 1st year Uniten,termasuk aku tiada terkecuali. So,mengikut jadual,talk patut bermula jam 2.45 petang, tapi biasa la, hari Jumaat, lagi-lagi petang plak tu. huhu..faham2 sendiri la yer.
Diringkaskan cerita, aku just nak cakap talk yang disampaikan oleh saudara Mohd Rizal Hassan, dia suruh panggil nama dia “Rizal” je, tak nak orang panggil dia “sir”,”encik”…
“My mom give my name Rizal,so call me Rizal,don’t call me sir etc..”
pada pendapat aku,ni salah satu cara camne dia nak get into the audience. Pendekatan yang bagus pada permulaan talk.
Ok,talk seterusnya bersambung dengan pelbagai “aktiviti” dan “video” yang telah disediakan khas oleh saudara Rizal kepada para pelajar. Tidak dapat dinafikan, saudara Rizal pandai membawa talk tersebut,dan aku rase semua pelajar enjoy talk petang tu.
Apa yang paling menarik pasal talk itu ialah bagaimana saudara Rizal membawa para pelajar menyedari akan hakikat sebenar tugas seseorang pelajar itu. Pelajar di universiti tugasnya bukan hanya belajar tapi yang paling penting ialah mencari pengalaman untuk digunakan pada masa depan.
“if you think you’re here just to study,you better quit”
“the reason you’re here is to gain knowledge and experience as much as you could”
“so that,you can use it in ur future”
haha..bila difikirkan balik ada benarnya apa yang dikatakan, pengalaman tu penting. Pengalaman camne nak hadapi problem, pengalaman camne nak selesaikan problem, pengalaman dalam berkomunikasi, pengalaman dalam bekerjasama as a team dan lain-lain. Pengalaman sebegini la yang harus dicari disepanjang tempoh yang telah dipertaruhkan sebagai seorang pelajar.
Paling menarik sepanjang talk berjalan ialah aku telah diajar,disedarkan tentang sesuatu yang mungkin diambil remeh dan selalu dilakukan oleh setiap manusia. Satu kalimah,kata-kata yang menarik ini ialah “Stop ‘bangau’ing”. Haha,kelakar? aper tu? Sebenarnya itu lah satu benda paling menarik aku rasa. Saudara Rizal menggunakan perkataan ‘bangau’ merujuk kepada sikap manusia yang suka memberikan alasan. Kenapa bangau? Ingat lagu “Bangau..oh..bangau”? ok dalam lagu tu diceritakan bagaimana bangau, rumput, ikan dan lain saling salah menyalahi antara satu sama lain, bagaimana mereka saling merungut antara satu sama lain. Jadi “Stop ‘bangau’ing” ini bermaksud berhenti dari merungut,saling salah menyalahi antara satu sama lain. Ini menyedarkan aku tentang hal ini yang sememangnya kita selalu amalkan,buat sepanjang hari. Mesti korang pernah alami situasi sebegini.
“Kenapa tak pergi kelas”
“Ala..hujan la”
Hujan?Itu adalah masalah, dan situasi diatas menunjukkan individu tersebut mem’bangau’ing hujan kerana tidak ke kelas. Ok, setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Mungkin ada banyak penyelesaianya, terpulang pada diri kita untuk memilihnya.
“Every problems got solutions”
“There are many choices to solve your problem”
“It’s your choice”
“You choose..”
Well, kita perlu berubah. Sepertimana saudara Rizal katakan, “It’s your choice,you choose..it’s your life”. Itu la sedikit sebanyak dapat dikongsikan dan pada aku talk ini menarik jika dibuat pada waktu pagi (bukan petang). Lagipun hari tu tak ramai yang pergi pun,aku pergi pun sebab nak dapat tiket (It’s my choice to come). So itu la, lastly aku quote satu lagi kata-kata ringkas tapi padat dari saudara Rizal.
“You have many choices in front of you”
“So..choose lah!”
Sekian. :)

**tu la,pergi nak dapatkan attendance slip jer,last2 xder pun slip tu…adeyh.. walaubagaimanapun apa yang telah diperolehi lebih bernilai dari slip tu.huhu, maybe post kali ni lebih panjang sedikit berbanding post sebelum ni.. em..lalala~

Probably related posts:

  1. Salam Lebaran 1429H | 2008M
  2. Salam Lebaran 2007 | 1428 H
  3. Blog Contest : Jika Aku Pemimpin Malaysia
  4. Sem Break..boring dan"kemarau"..
  5. izzAt Territory, New Layout!

Filed in Life Note


2 Responses to “Take Charge!”

  1. salam.

    Bersyukurlah, anda telah dijumpakan dengan hakikat alam pelajar U oleh insan yang diberi nama Rizal. Sedangkan bukan semua pelajar U yang menyedari tujuan mereka berada di universiti. Kebanyakan mereka ‘lupa’ tugas mereka yang sebenarnya.

    MBI K.B., P.A. (Mal)

    muhabir ibrahims last blog post..PELUANG KERJAYA DI SEKTOR AWAM


  2. @muhabir ibrahim terima kasih atas komen saudara. Mereka pada pendapat saya bukan lupa, tetapi lebih kepada kejutan budaya yang berbeza berbanding budaya di sekolah. Lebih banyak masa untuk enjoy dan lain-lain. Mungkin faktor ini yang menjadikan mahasiswa/siswi kita melencong dari arah yang sepatutnya.


Post a Comment