Salam Lebaran 2007 | 1428 H

This entry was posted on Oct 07 2007

Salam..
pejam celik,pejam celik..sudah hampir sebulan Ramadhan dilalui..
hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, Syawal bakal menjelma..
meninggalkan Ramadhan,bulan penuh keberkatan..
pada bulan inilah kita umat Islam beramal dengan lebih banyak..
kerana ganjarannya lebih berbanding bulan-bulan yang lain..
di bulan Ramadhan juga adanya malam yang digelar malam Lailatul Qadar..
malam yang mana ganjaran pahalanya lebih dari 1000 bulan..
bulan ini, Ramadhan,akan kita tinggalkan dalam beberapa hari sahaja lagi..
harapanku agar dapat bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya..Insyaallah..dikesempatan bulan Syawal yang bakal tiba..
aku disini menyusun 10 jari..
dengan rasa rendah diri..
memohon maaf..
zahir dan batin..
dari hujung rambut hingga hujung kaki..
daripada kalian yang mengenali diri ini..
jika mana pernah membuat hati kalian terguris..
mungkin dengan sikap,kelakuan,dan percakapanku..
harap maafkanlah diriku yang tidak sempurna ini..
akan ku perbaiki mana yang buruk,cacat itu sebolehnya..
maafkanlah aku teman..
jika terdapat mana-mana kekurangan pada diriku..sekian,salam Syawal.

Kerana kesibukkan yang aku hadapi,maka tidak sempat bagiku untuk menghantar kad-kad ucapan hari raya kepada rakan-rakan. Sebagai ganti,disini aku poskan eCard yang aku gubah sendiri untuk kalian. :)

eCard untuk semua kenalanku

Ini pula satu lagi eCard untuk bekas-bekas teman seperjuanganku diwaktu aku di tingkatan 4 dan 5. Rakan-rakan yang telah banyak menyokong aku,dan tidak mungkin aku lupakan kalian semua. Terima kasih diatas jalinan ukhwah persahabatan ini dengan harapan ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

eCard untuk bekas rakan seperjuangan

Post a Comment

CommentLuv badge
 

Wanna earn money from Twitter? Click and register here for FREE!