Salam Ramadhan, Salam Kemerdekaan & Rumah Baru
Salam dan hello kepada semua. Entri pada kali ini akan ditulis sepenuhnya dalam bahasa ibunda Malaysia, bahasa Melayu sepertimana entri sebelum ini. Bukan apa, pada aku lebih sesuai dan aku tak punya alasan spesifik untuk persoalan ini. Hohoo..
Pertamanya, walaupun agak lewat, aku nak ucapkan salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia. Merdekakah kita? Persoalan ini harus dijawab berdasarkan pemahaman dan sejauh mana penghayatan anda mengenai kemerdekaan. Adakah penghayatan merdeka itu terletak kepada berapa meriahnya sambutan dibuat? Gempaknya konsert-konsert bersempena kemerdekaan (kononnya)? Untuk apa konsert-konsert semua tu? Beginikah merdeka disambut? Apa simboliknya? Dimana penghayatan merdeka? Fikirkan.
Kita telah merdeka 51 tahun, rakyat Palestin masih jadi pelarian hampir 60 tahun. Apa tanggungjawab kita sebagai sebuah negara merdeka keatas saudara Islam sendiri yang sedang berjuang untuk kemerdekaan disana? Fikirkan.
Tamat soal kemerdekaan, malas nak cakap banyak. Hohoho… Ramadhan dah tiba dan aku ucapkan selamat berpuasa dan selamat mengerjakan ibadah puasa. Sebagai hadiah dari aku, aku kongsikan buku panduan bulan Ramadhan ni untuk semua pembaca blog aku ni. Tak perlu bayar, aku bagi percuma je. Cuma muat turun dan buka dengan menggunakan Adobe Acrobat Reader. Pastikan komputer anda terpasang dengan perisian ini ataupun dapatkan secara percuma disini. Aku rekomenkan anda muat turun e-book tersebut, moga dapat membantu anda memahami dengan lebih dalam berkenaan bulan Ramadhan.
Ramadhan kali ni juga agak bermakna, kenapa ya? Sebab aku baru sahaja pindah ke rumah baru kat Taman Balakong Jaya ni. Nasib baik boleh dapat apartment yang pada aku, boleh dikatakan selesa untuk 3 orang hunini. Walaupun banyak barang yang harus dibeli, tapi tak apa la. Sikit-sikit beli. hehe.. Kawasan apartment ni pun pada aku sangat tenang, kira sesuai la kalau nak berehat lepaskan penat dan lepaskan tekanan belajar. haha.. Owh.. Aku akan ada 2 lagi ujian pada Khamis dan Jumaat ni. Hoho.. Harap-harap semua berjalan lancar hendaknya.
Apa yang lagi seronok pasal rumah baru ni ialah, aku boleh tengok matahari terbenam yang cantik. hehe.. Bukanlah apartment aku ni tepi pantai, (Pantai mana yang ada kat Balakong ni?
) tapi boleh tengok la matahari terbenam disebalik bukit. Nanti aku kongsikan gambarnya ye.
Ok, sampai sini setakat ni. Mungkin entri sepanjang bulan Ramadhan ni agak kurang, tapi tak mengapa, aku akan cuba berikan yang terbaik.
p/s: Bulan Ramadhan, bulan untuk berjimat cermat.
Probably related posts:
- Salam Lebaran 2007 | 1428 H
- Marhaban Ya Ramadhan Almubarak
- Salam Lebaran 1429H | 2008M
- Salam Ramadhan 1431H | 2010
- Tema Hari Kemerdekaan ke-53 2010: 1 Malaysia Menjana Transformasi
3 Responses
to “Salam Ramadhan, Salam Kemerdekaan & Rumah Baru”
1 Trackback(s)
- Jan 31, 2009: 2008 Is A Memory, 2009 Is A New Book | IzzatRuslan.com v4





nak teng0k gambar rumah baru…..
nak teng0k gambar matahari terbenam yang bleyh nampak dr apartment mu tuh,bleyh…??
hehehe
^__^
@fyra_ruslan, ha.. ye la..nnt la ak upload..hehehe